Wednesday, March 25, 2009

..PANTANG LARANG SEMASA DI HUTAN..

Terdapat beberapa petua yang patut kita jadikan peringatan bile hendak ke hutan. Di antara pantang larang tersebut adalah seperti petua semasa mula masuk ke hutan, bersiul semasa dalam perjalanan, melaung ketika berada di hutan, berburu binatang dan tidur di atas pokok.

Permulaan masuk ke Hutan
Andainya seseorang yang baru turun dan rumah untuk ke hutan tiba-tiba dilintasi ular dalam perjalanannya, maka dipercayai ini merupakan suatu petanda yang tidak baik. Orang tersebut haruslah naik semula ke atas rumah dan mengambil pinang sepiak dan memakannya kemudian
barulah turun semula untuk meneruskan perjalanan.


Bersiul Semasa Dalam Perjalanan
Bersiul semasa dalam perjalanan adalah ditegah. Ia dipercavai menjemput kedatangan ular. Bersiul di dalam hutan pula dilarang sama sekali kerana ini akan menarik perhatian berbagai jenis binatang buas. Apabila kehadiran orang yang memasuki hutan itu diketahui oleh
binatang buas, dirinya berada dalam keadaan bahava.

Melaung Semasa di Hutan
Perbuatan melaung di hutan juga ditegah. Melaung atau bercakap dengan kuat dipercayai akan menarik perhatian berbagai-bagai jenis jembalang serta binatang buas yang ada di dalam hutan. Sekiranya orang yang masuk hutan itu melaung, maka laungan itu dipercayai akan disahut oleh 'orang lain' dan andainya perkara seumpama ini terjadi, maka kejadian seperti sesat di hutan akan berlaku.

Berburu Binatang
Sekiranya tujuan seseorang ke hutan adalah untuk berburu, dia tidak boleh berpecah daripada kumpulan kawan-kawannya. Sekiranya dia berpecah juga, maka akan terjadi sesuatu yang tidak baik, misalnya tertembak rakan sendiri atau sebagainya. Mengikut kepercayaan, syaitan akan menyerupai wajah rakan seseorang dan wajah rakan itu pula akan menyerupai binatang yang hendak diburu. Sekiranya hal ini terjadi, maka malanglah bagi mereka yang pergi berburu di hutan itu.

Tidur di Atas Pokok
Mereka yang pergi ke hutan dilarang tidur di atas pokok. Jika berbuat demikian dipercayai mereka akan diganggu oleh jembalang terbang. Tujuan sebenarya jika seseorang tidur di atas pokok, sukar baginya melarikan diri apabila berlaku sebarang musibah.

ape2 pn korg leh tgk kt site ni tk keterangan lanjut..(promote rupenye haha)

http://www.melayu.com/v2/sembang2/mesej.php?thread=14289..

bukan ape saje nk kongsi2 dgn korang..haha ni petua org dulu-dulu..tp ape2pn..ape yg penting..mulakan lgkh anda dgn bacaan bismillah dan doa..niat kna la baik..jgn la ade niat yg x baik ble nk masuk hutan..jgn la kita ckp besar..ble bergerak ke mana2 hndakla berdua atau berteman..jgn la nk berlagak berani..bkn ape..kita berada di kwsn org..mcm2 leh jd..


..selamat..

No comments: