Sunday, October 19, 2008

...rezeki...

Saya terbaca emel rakan saya seorang yang berjaya.
Katanya: "Kalau kau rasa kau kesempitan rezeki, duit tak cukup,
harta rasa tak banyak, masa itulah masa paling sesuai untuk bersedekah.
" Dia menyambung "Kalau kau sudah senang setelah sempit,
banyakkan lagi sedekah kau itu pada masa tersebut.
Nescaya Allah akan meluaskan pintu rezeki"

(ramai yg ckp cmtu sbnrnye..huhuh)

Saya pun cbe berpegang pada pesanan ini. Setiap kali saya sempit,
bila buka wallet ada rm2 saya sedekahkan rm1. Kalau ada rm40 saya sedekahkan rm1 gk..huhu
Kalau ada lebihan saya sedekahkan sedikit. Kalau ada rakan susah nak pinjam duit,
saya pinjamkan dengan niat kalau dia bayar alhamdullilah,
kalau tak saya anggap saya sedekah..tp kalau dh byk sgt dia pinjam..saya akan 'basuh' dia balik..duit tu..hehehe dan Alhamdullilah,
rezeki Allah permudahkan setakat ini dan harapnya pada masa akan datang.


Tapi kita kena ingat. Rezeki luas tak bermakna akan jadi kaya raya terus.
Kadang, bak kata mak saya, rezeki luas nie macam makan seperti biasa,
tapi rasa lebih kenyang dan puas. Gaji seperti biasa, tapi seolah-olah cukup.
Dan paling utamanya kadang-kadang bantuan datang dari sumber yang kita sendiri tak sangka.
macam..kesihatan..kemudahan terima ilmu utk dunia & akhirat..
terima kasih mak..(terasa gler bila mak saya ckp cmni..heheh life dia dulu..n dia bandingkn dgn life dia skrg..alhamdulillah)


"Dan apa saja harta yang baik yang kamu nafkahkan (di jalan Allah),
maka pahalanya itu untuk kamu sendiri. Dan janganlah kamu membelanjakan
sesuatu melainkan kerana mencari keredaan Allah (ikhlas).
Dan apa saja harta yang baik yang kamu nafkahkan,
nescaya kamu akan diberi pahalanya dengan cukup,
sedangkan kamu sedikit pun tidak akan dianiaya."
(Surah al-Baqarah, ayat 272).

Hadis dari Abu Hurairah yang diriwayatkan Al-Bukhari
bahwa seseorang berkata kepada Nabi saw., "Sedekah yang mana yang lebih utama itu?"
Nabi bersabda, "Engkau bersedekah dalam keadaan senang (shahih) dan berkeinginan (harish)."


Dalam riwayat Ibnu Hibban dan Hakim dari 'Uqbah ia mendengar Rasulullah bersabda,
"Setiap orang bernaung di bawah perlindungan sedekahnya
hingga ditetapkan hisab (perhitungan) di antara manusia di yaumil akhirat."


last sekali...Saya ni bukan yg terbaik utk memberikan nasihat hanyalah
sekadar memperingatkan sesama insan betapa Maha Pengasihnya Allah
kepada hamba-hambaNya yang bertaqwa & permurah .

Sekadar utk berpesan. Semoga ada manfaat.

Assalamualaikum wrmt

==>ok2 dh back to normal..aku sbrnnye xde la bgus sgt dlm agama nih..
cme ble kita tau somting..kita perlu kongsi2..huhuh
so..even kita ni 'jht' 'nakal' ape2 lg la..kita kna ingt kita ni hamba-Nya..
semoga selamat beramal..hehhe

2 comments:

Unknown said...

thanks for ur info..renung2kan dan selamt beramal.. :)

n0r_SaiFuL said...

hahah ye ye